Sabtu, 19 Februari 2011

Kenduri Neil di Banting

Lebih Kurang jam 11 pagi pada 19.02.2011, Rakan Serumah dan Sepoliteknik, Daniel Cornwell datang ke rumah aku di Cheras, Kuala Lumpur. Aku pun bersiap-siap untuk sama-sama ke kenduri rakan politeknik di  Kanchong Darat, Banting pada pukul 11.30 pagi. Walaubagaimanapun ketika dalam perjalanan, aku sudah silap jalan tidak seperti dirancang. Nasib baik ada signboard dengkil dan meneruskan perjalanan. Lebih kurang pukul 1 kami smp ke rumah Hafiz Neil.

Neil dan Isterinya. Tengah tak tahu la siapa.. hehe


Sebelum Kami sampai ke rumah pengantin, kami singgah dahulu di Pekan Banting untuk membeli hadiah buat pengantin. Takkan tangan kosong je datang, bagila something yang tak seberapa.

Dari Kiri : Ezwandi, Neil dan Isteri, Daniel Cornwell

Sempoi jugak buffet yang disediakan, ada hidangan lain dari yang lain seperti asam pedas ikan pari, serta ulam-ulam dan sambal belacan. Selepas makan kami sempat berjumpa dengan pengantin dan bergambar untuk kenang-kenangan. Kami pun terus pulang pada pukul 2.30 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan