Isnin, 20 Jun 2011

Perkahwinan Azwan & Fiza (11.6.2011)

Pada 11  Jun 2011, majlis perkahwinan Azwan & Fiza telah diadakan di Taman Perpaduan, Ipoh, Perak. Majlis perkahwinan ini tidak berlaku apa-apa masalah dan ianya berjalan dengan lancar. Ramai orang yang menghadiri majlis ini termasuklah saudara-mara bagi memeriahkan lagi sesuana

Dalam masa sama, saya telah membuat rakaman video apabila berlangsungnya majlis tersebut. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk rakaman video perkahwinan seperti di bawah, bolehlah menelefon saya 017-2362650 (Wan).




Majlis Perkahwinan Azwan & Fiza


Diharap kepada yang berminat boleh menghubungi nombor saya seperti di atas. Bagi membuatkan video anda lebih menarik, bolehlah memberitahu saya cara atau gaya penampilan video anda sendiri. Saya akan cuba buat yang terbaik


Sabtu, 28 Mei 2011

Rakaman Video Kahwin & Tunang ( Harga Boleh Dirunding)

   Assalamualaikum kawan-kawan, buat masa ni ramai rakan telah melalui saat-saat manis pertunangan dan perkahwinan, boleh dikatakan setiap minggu pasti ada yang kawin, lagi-lagi bila masuk cuti sekolah.

   Sedar tak sedar, masa berlalu dengan pantas, setiap yang berlaku jadi kenangan...
Masa ni la ramai pengantin baru mencari orang yang berpengalaman dalam fotografi, untuk mengambil gambar mereka berkahwin supaya dapat melihatnya kenangan indah itu hingga akhir ayat..

   Walaubagaimanapun ramai yang tidak mengambil orang yang boleh mengambil rakaman mereka dari mula majlis hingga akhir kerana tidak ramai yang mahir dalam pengalaman dalam video..

   Oleh itu saya akan cuba membantu anda supaya kenangan anda menjadi lebih menarik dan dapat ditayang sehingga ke anak cucu...


Contoh Majlis Pertunangan



Pertunangan Kuizwa & Marlia (21.5.2011)


Contoh Majlis Perkahwinan


Perkahwinan Rosha & Rohy (8.5.2011)


   Akhir kata, bagi yang berminat untuk membuat rakaman video seperti di atas boleh hubungi saya, Ezwandi (Abot) 017-2362650

Sabtu, 19 Februari 2011

Kenduri Neil di Banting

Lebih Kurang jam 11 pagi pada 19.02.2011, Rakan Serumah dan Sepoliteknik, Daniel Cornwell datang ke rumah aku di Cheras, Kuala Lumpur. Aku pun bersiap-siap untuk sama-sama ke kenduri rakan politeknik di  Kanchong Darat, Banting pada pukul 11.30 pagi. Walaubagaimanapun ketika dalam perjalanan, aku sudah silap jalan tidak seperti dirancang. Nasib baik ada signboard dengkil dan meneruskan perjalanan. Lebih kurang pukul 1 kami smp ke rumah Hafiz Neil.

Neil dan Isterinya. Tengah tak tahu la siapa.. hehe


Sebelum Kami sampai ke rumah pengantin, kami singgah dahulu di Pekan Banting untuk membeli hadiah buat pengantin. Takkan tangan kosong je datang, bagila something yang tak seberapa.

Dari Kiri : Ezwandi, Neil dan Isteri, Daniel Cornwell

Sempoi jugak buffet yang disediakan, ada hidangan lain dari yang lain seperti asam pedas ikan pari, serta ulam-ulam dan sambal belacan. Selepas makan kami sempat berjumpa dengan pengantin dan bergambar untuk kenang-kenangan. Kami pun terus pulang pada pukul 2.30 petang.

Isnin, 14 Februari 2011

Reunion SKA4B 2004 Politeknik Ungku Omar

Pada 11.02.2011 pukul 9.00 malam, perjumpaan atau kata lain 'reunion' geng-geng lama sijil kejuruteraan awam sesi julai 2002 Politeknik Ungku Omar telah diadakan di Tasik Idaman Bangi

Mamber-mamber Poli yang Hadir

Lokasi : Tasik Idaman, Bangi
                                        
Tulis Nama Raffi Hehe

Dari Kiri : Abot & Raffi

Walaupun yang hadir seramai 11 orang, 4 darinya org luar tetapi masih lagi enjoy seperti yang telah di buat sebelum ini. Dua rakan turut menyanyi iaitu Raffi dan Lan

Dari Kiri : Raffi dan Lan

Diharap selepas ini ada perjumpaan baru akan diadakan, mungkin yang hadir lebih ramai dari ini.. Faktor tempat juga memain peranan kerana ada yang tidak dapat hadir sebab tempatnya jauh. Mungkin akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Pelan yang mengejut juga membuatkan rakan-rakan membuat keputusan terburu-buru. Oleh itu rancangan awal perlu diadakan...